
Blog ini dibina oleh UMalaya Radio sebagai platform tidak rasmi bagi krew UMalaya Radio mencoretkan pandangan terhadap isu semasa, luahan perasan, perkongsian idea dan apa sahaja yang bersifat meluas. Kami membuka ruang kepada anda untuk berinteraksi bersama krew UMalaya Radio dengan meninggalkan komen dan pendapat terhadap isu yang diperbualkan. Jom kongsi pandangan bersama kami!!!
Friday, February 28, 2014
Penjenayah.
ATTITUDE
Hi I' Munirah Lim one of the most talkative person ever (i guess). Okay, there is always something that we can talk about people attitude. Here are one of the quotes that I took it from somewhere (i could remember it from where).
"People who are too concerned with how well they are doing will be less successful and feel less competent than those who focus on the task itself. Some psychologist call it a conflict between ego-orientation, or between extrinsic and intrinsic."
Cheers. Have a good night :-) xoxoxo
EMMUDDY CHEM DAY
CARUTS. ..
Caruts?? Ape maksud caruts yg cuba I sampaikan? 'Babi', 'bodoh' , 'fxxk' , and 'puxxmak' are the things yang orang sekarang suka sebut!!(sebenarnya ada banyak lagi,tapi ini apa yang I dengar in my daily life!!) Yee,caruts yang i maksudkan adalah apabila kita suka menyebut kata-kata kesat. Tak kisah lah bila kita happy,sedih atau apa sekalipun keadaan kita mesti terselitnya kata-kata kesat ini.
Im really sure most of us always used bad words in their life. Sometimes ill do feel bad words dah sebati dengan remaja masa kini sebab memang most of my friends including me always sebut those words. Sometimes I just don't know why,kenapa boleh sebut those words. And sometimes juga terdetik dekat fikiran ni "why I have to use this words? Bukannya bagi benefits pun!"
Mungkin bagi orang yang sudah biasa,it wont be a big issues for them,tapi macam mana pula kalau certain people yang tak biasa with those words? I mean certain people yang datang daripada family yang used nice words,suddenly bergaul dengan people yang guna bad words. Kejutan budaya atau shocked sekejap maybe. So is it very essential for us to use bad words in our daily? And how to react bila kita tak suka dengan bad words yang our friends used?
Of course not! Its a bad words and of course la jangan guna! But for me sendiri, I dont mind if my friends used those words. They used to it and maybe agak sukar untuk kikis that habits! So,cakap la apa yang my friends nak. Boleh jadi diri sendiri. But,only one words yang I kinda allergic sikit iaitu 'bodoh'. I just hate when people used that words dekat I. Why? Im going to explain on next writing.
So, I guess thats all for today. Oh ya, i ada selit sikit gambar yang menggunakan bad words!! Akan ada banyak lagi from me after this!! So tunggu yee. Xoxo.
IKHLAS dalam berkata "SAYA MAAFKAN AWAK"
hari ini, apa yang Aepy nak kongsikan adalah "memaafkan org". Ya, mmg betul susah nak lupa bila ada perkara2 yg sangat sakit dan perit untuk kita buang jauh2, lagi2 bila bercakap tentang "KAWAN" dan "CINTA" mungkin ia satu perkara yang klise, tapi tidak, sebab apa, itulah yang akan membuatkan kita jadi lebih sempurna mengharungi hari2 dalam kehidupan kita.
Aepy suka ayat ini "HIDUP TANPA CINTA MEMANG MALANG" sebab apa? sebab, cinta itu yang buatkan diri kita happy, bersemangat, disayangi, dan dihargai. Tapi bila "HIDUP TANPA KAWAN MEMANG BOSAN" bayangkan bila tak ada cinta, dan u all tak ada kawan, bosan kan? dgn siapa kita nak bercakap. kedua-dua figura itu penting, "CINTA dan KAWAN" ia perlu dijaga dan disemai sampai kita hilang dari pandangan mereka satu hari nanti.
Aepy pun pernah bercinta, tapi sekejap je. dalam setahun. mmg best, dia call, kita msg, kita bagi hadiah, dia bagi juga, sangat awesome! Rasa nak sangat bercinta balik. Bila umur dah meningkat ni, rasa sunyi. Tapi sekarang Aepy dgn dia jadi kawan. Memang rasa lainlah. Tak sama bila dari status CINTA ke status KAWAN. Habis nak buat mcmana? Tak ada jodoh. Ok, itu baru mukadimah sebenarnya. Apa yang Aepy nak share adalah, memaafkan orang. Hari ini Aepy rasa free, sebab Aepy dah maafkan org2 yg pernah buat Aepy rasa sakit, tak kisahlah sakit hati ke, sakit jiwa ke, tapi seriusly, bangun je dari tidur tadi terus update status, dan friend balik, org2 yg Aepy block dulu. Bila fikir balik, tak guna nak terasa hati lama2, ingat balik apa yg berlaku semuanya ada hikmah, mungkin dah sampai seru, untuk memaafkan mereka.
Cuba kita fikir balik, ada tak kita bermusuhan dengan org, kalau ada kita MAAFKANLAH mereka. Leraikan segala yang tersimpul dan jadikan ia satu tali hubungan yang panjang sampai kesyurga. Bila kita dah sampai satu tahap IKHLAS, Insyaallah, hidup kita akan tenang. Aminnn....
coretan ini, ditulis berinspirasikan gambar diatas. credit to #farhanlayali
#HIDUPTANPACINTAMEMANGMALANG #HIDUPTANPAKAWANMEMANGBOSAN
Beauty is in the phi of the beholder, a blessing, a curse, and more than skin deep.

Most of us, regardless of our professed attitudes, prefer as customers to buy from better-looking salespeople, as jurors to listen to better-looking attorneys, as voters to be led by better-looking politicians, as students to learn from better-looking professors. Plus, the self-esteem of beautiful people is relatively higher than the averaged ones. Don't worry, with the right motivation and tools, beauty is easy. (I think I'll post about that later on)
Simpan dalam hatimu
Selfiee!! ♥♥
Selfie. Im really sure every each of us sgt suka selfie. Sejauh mana they denied,still inside die punya diri mesti akan suka selfie juga. Am I right? I mean siapa jee yang tak suka akn diri masing2?? Kalau tak suka juga,mungkin sebab die bukan laa seorang yang bersyukur dgn diri sendiri.
So selfie adalah mengambil gambar diri sendiri dengan gaya masing2. Perkataan selfie juga adalah antara perkataan yang paling tinggi dan kerap digunakan di dalam kebanyakan penggguna instagram. I read the newspaper and kalau search dekat insta pun,penggunaan tag selfie mencecah berjuta!
Jadi, adakah selfie salah satu tabiat yang buruk?ataupun sesuatu tabiat yang patut dikekalkan atau dipupuk dalam kalangan diri masing2?? Lol. Every each of us have their own answer.
But for me,kenapa I suka selfie? Sebab I just love to see a pitcure of me everytime I took a photo. Its not about your obsess dgn diri sendiri, its just that,its the way for me to appreciate ape yang tuhan telah beri! So I selfie!! Then lepas I puas dgn hasil tangkapan I,I will be like a very happy kids in the world! Mcm baru lepas minum dekat starbuck rase die!! Lol.
Other than that, selfie juga boleh heal our pain. I mean,whenever u rase damn atau kurang semangat,try to take your own photo!! Trust me,its going to work!u akan happy as usual,mcm ta ade ape2 punn berlaku!! Lol. So lepaa ni kalau sedih, selfie okee!!
So, I rase itu je kot setakat hari ini. Oh ya, I ade selitkan sedikit a pitcure of me berselfie!! It will be more from me after this! Good night!! Xoxo!!
Subjek Hubungan Etnik Tidak Relevan?
Relevankah subjek hubungan etnik?, persoalan ini tiba-tiba muncul di minda saya. Bukan kerana saya yang berfikiran jahat kerana menganggap subjek hubungan etnik tidak relevan, tetapi persoalan ini muncul di benak fikiran saya apabila pensyarah subjek tersebut sendiri yang menanyakan satu soalan yang berbunyi seperti ini.... "kamu semua rasa adakah perlu mempelajari subjek hubungan etnik? Adakah ianya penting?. Tiada pelajar yang berani bersuara menjawab soalan tersebut, sebaliknya hanya memberi isyarat melalui kepala sahaja. Terdapat separuh pelajar menggelengkan kepala dan separuh lagi mengangguk kepala..
Dari pandangan peribadi saya, subjek hubungan etnik yang telah diperkenalkan sejak tahun 2005 ini, merupakan satu subjek yang penting untuk sebuah negara yang berbilang kaum dan etnik seperti Malaysia. Subjek ini mendidik kita untuk lebih memahami dengan mendalam setiap bangsa, dan etnik yang ada di dalam negara kita. Kita diajar sikap hormat-menghormati, tolerasi, dan sebagainya. Subjek ini jika dihayati dapat menjadi "tali" untuk "mengikat" semangat perpaduan antara rakyat Malaysia. Selain itu, subjek ini juga tidak membosankan kerana mempunyai kerja lapangan serta terdapat aktiviti yang menarik seperti lawatan ke rumah ibadat setiap agama yang ada di Malaysia dan sebagainya. Study ethnic relations is fun.
Thursday, February 27, 2014
Hectic life
Its been one helluva week for me.
Its only the second week and i am already drained.
i guess there's no use in complaining cause this is what all uni life is all about.
Compared to engineering students or medical students, i have nothing to complain. They're much busier than me. Therefore, all i have to do now is to contain and sustain whatever im doing rn.
At times, i feel so tired i just wanna sleep but most of the time i manage to overwhelmed all this feelings and let it left behind.
At my utmost level of "rajinity" thats what i called it . rajin + ity, I can do any work or complete any work less that the time i casually needed.
But unfortunately, im a lazy person. i like to sleep. eat. sleep. do some futsal. play some computer games. and sleep again.
I should stop being lazy and do something about this.
till then, im going to ZZZzzzzzzzzzz .....
Berjaya :)
Stress! What should i do ?- Tips Sha Hancus ! haha
Tertekan ?
Pelbagai Masalah?
Apa Sha buat ? ada kawan sha nk tau and sha pun nak kongsikan.
Haha Rata-rata kawan2 sha tauu laaa, Sha ni sume benda nak citer . YES!I AM!
hehe ada yang cakap " weh ,time bila kau tak senyum ?''
"sha, time bila kau tak meriah "
"Sha,rileks nampak"
Padahal.. deep in my heart....... Aduhdududuh, sakitnya hati ini, ku cuba bersimpati ..lala (spin)
banyak sebenarnya masalah, yang bukan maslah pun jadi maslah! haha
So , What will i do ?
- Sembahyang - Biasalah . semua orang buat dosa hari-hari . Time ada maslah , baru ingat Tuhan .Time nak sesuatu ketenangan, baru nak menghadap Pencipta. Weh! sama lah! tapi masing-masing kan , kadang2 tu alpa. sha tak lah alim sgt. tapi bila malam2 takley tido, "adalah" tu yang tak settle.
- Dengar Lagu - Well, yelah ! Lagu boleh buat kita rilex. tapi ikut jenis lagu yang korang minat laaa.. ahhaha kalau lagu macm sha, URMM.... sha layan kepala sikit. DJ Uno, Martin Garrix, DJ segala macam DJ. then layan smpai tertidooo.so otak tak pikir apa da .
- Menari - YES! this is my hobby.... dulu tak penah kira di mana. tapi ikut jenis dansa la. leklek sudah. haha. Masa kat matrik, bila stress sha akan ARGGGHHHH. bangun dari meja , then bukak lagu. menari. Roommate pun faham . ahha Kat rumah pon sama !
- Lepak- Bila bersama kawan kita akan borak dan gelak. gelak gelak. n sha sukkkaaaaaaa sgt ketawa.. Tak lawak pun kekadanag aku gelak. haha Gila kan ? Lepak n kalau maslah tu boleh share ngn kawn2 , tanya pendapat , Masa tu terluang gak kan ?
- Senaraikan Masalah - Keluarkan paper , senaraikan masalah , dan jawab macam tgh exam. hahaha kadang2 otak kita berfungsi time ni . segala masalah boleh selesai tapi cara nak handle tu (poyo gak gua cakap ).
My First Time: Penulis yang Jarang Menulis
Sepanjang perjalanan nak "develop" kemahiran menulis ni, aku pernah juga menulis beberapa puisi, cerpen, skrip drama pentas, skrip filem pendek, sejak Tahun 6. Blog? Aku dah lama berhasrat nak menulis blog. Sejak Tingkatan 3 atau 4 lagi dah tersemai hajat tu. Tapi sampai saat ini, inilah dia entry pertama aku dalam sebuah blog! Tahniah untuk aku. :')
Hasrat nak buat blog dulu tak kesampaian sebab selalu ditangguh-tangguhkan. Kadang-kadang susah sebenarnya nak cari idea untuk menulis ni. Dan aku pula jenis yang suka menulis karya (kurang sikit keinginan nak mencorat-coret isu semasa atau pandangan peribadi), jadi aku lebih senang untuk tak "publish"-kan karya aku. Gituuuu...
Oleh itu, apabila pengurus UMalaya Radio, suruh kita orang, deejay dan management team tulis rencana di blog setiap minggu sebagai tugas wajib kami, jujurnya aku macam blank sikit, sebab tak tahu nak menulis pasal apa. Tapi pada masa sama, aku anggap ini sebagai satu cabaran dan pengalaman baharu. Apalah salahnya kita mencuba, bukan?
Bagaimana aku boleh terjebak dalam tulis-menulis? Aku rasa ini mungkin disebabkan minat membaca kot. Segala bermula sejak kecil apabila mama dedahkan aku dengan bahan bacaan. Aku masih ingat dia pernah bacakan aku buku tentang kisah hidup Nabi Muhammad SAW dan beberapa buku lain. Dulu mama juga selalu membeli majalah (Mingguan Wanita kalau tak silap). Jadi, bahan bacaan memang sentiasa ada di rumah aku masa kecil dulu, dan dari situ minat membaca tumbuh. Dan pada masa sama, kat rumah nenek aku ada buku-buku sastera (puisi, cerpen, novel) kepunyaan pak cik dan mak cik aku. Buku itu semua buku sekolah dia orang--dah tak pakai sebab dah habis sekolah, jadi aku selongkar, baca, dan simpan.
Di situlah aku didedahkan dengan sastera. Haha. Sejak itu aku mula menulis tapi agak jaranglah. Alhamdulillah sampai sekarang minat membaca dan menulis itu masih ada. Dan harapan aku ialah nak menulis lebih banyak lagi lepas ni (kalau boleh nak try tulis novel pula).
Baiklah. Sekian saja tulisan pertama aku di blog. Dan dengan ini aku umumkan secara rasminya, sejarah aku sebagai blogger bermula!
Wassalam.
"RISMA TAJAM SELAMANYA"
pada suatu hari(aku pun dah tak ingat dah tarikhnya)
"Lini,jom pergi pasar malam..aku teringin nak makan ayam percik lah..yummy2"
"Woi,sengal..kan kita dah diharamkan outing ke pasar malam sejak case budak hilang hari tu!"
"ni yang aku menyampah nie,kerana clorox secawan,rosak baju aku"
"Hoi,apa punya peribahasa lah..tapi why not kita cari alternatif lain"
hahaa,bila 10 otak bergabung maka terhasil lah satu idea yang bernas..bernas lah sangat..haha,kitorang decide nak lompat pagar sebab pak guard2 'handsome' dah terpacak kat gate2 utama.haha,then kitorang keluar ikut pagar sebelah kantin sekolah.Dulu,penghadang tak adalah tinggi sangat.boleh je lompat..kacang je tuu.tapi bila kitorang dah selamat lompat tiba-tiba baru teringat yang kawan kitorang yang terlebih sihat tak boleh lompat.Nasib baik lah ada budak lelaki yang boleh dijadikan mangsa..Suka-suka hati aku je paksa dia pergi ambik kerusi kalau tak aku report dia hisap rokok kat sekolah..nasib2,kau si Pali..Alhamdulilah,selamat keluar ke pasar malam..
Sampai-sampai kat Pasar malaam..Aku lah manusia senget yang pergi peluk tiang khemah yang jual ayam percik sampai kena sound ngan pak cik tu
"Woi,dik..kot ya pun rindu kat pak cik jangan lah ko peluk tiang...pak cik tak marah pun kalu ko nak peluk pak cik"
kuang ajar punya orang tua..tak boleh jadi nie..
"ye lahh,haram pulak kalau peluk tuan dia..khemah pun khemah lah janji orang dapat ayam percik,mak cik tak datang ke pak cik"..huh..terus senyap pak cik tuu
Kitorang pun dengan penuh excitednya shopping makanan kegemaran.eh,korang jangan tak tahu kelantan nie syurga makanan tau..macam-macam ada..kalau korang nak beli barang murah..mari-mari pakat g munduk(sempadan thailand)..betul lah orang kata malang tak berbau...tiba-tiba tengah syok2 jalan aku terlanggar seorang pak cik..kengkawan aku tiba-tiba berhenti bercakap..fuhh,aku angkat je muka...
"Noriamalini,awak buat apa kat sini..macam mana kamu keluar..balik sekarang"..malu dowh kena tengking kat tengah2 pasar malam..apa lah yang ustaz nie buat kan sini..rosak program kitorang je lah..
"mati kita.. beb.."
"tak lah,aku hidup lagi,tengok boleh cakap ag"
"Lini"
"yelah2"..hmm..cormform kena masuk bilik disiplin esok..
Keesokannya,pk hem sendiri yang cari kitorang kat kelas(lagi advance..masuk bilik Pk Hem terus)..haha..so,dapatlah cuti free seminggu..best x..bernanah jugak telinga..tapi sebenarnya warden2 tak tahu yang malam terakhir sebelum kitaorang bercuti kitaorang dah buat stau hostel black out..hahaa,padan muka warden2 tak boleh duduk dalam aircond..haha..esoknya,kecoh satu sekolah ada orang luar ceroboh bilik elektrik...padahal tu kerja kami yang "budiman nie..lantak lah kitorang cuti seminggu...hahaa
Kesimpulannya,patuhilah peraturan yang ditetapkan dan kalau boleh janganlah rosakkan harta benda awam..sekian....
Wednesday, February 26, 2014
AEPY itu dot dot dot??? WOW!
https://www.facebook.com/hanafijais90 (FB)
https://twitter.com/HanafiJais (Twitter)
http://instagram.com/hanafijais (Instagram)
Ha, ni ada ole2 nak bagi kat korang, biar termimpi2 kat Aepy so, tataplah puas2 ea...K daaa :)
#berkawanbiarramai#bercintabiarsatu #hiduptanpacintamemangmalang #apayangkaurasaLUAHKAN #seniitulahirdariSUKMA #bukandiamtanparasaBERAHI
Premiering Talent And Sportsmanship
~ Aku adalah aku ~
Bagi permulaan sesebuah lembaran izinkan saya memperkenalkan diri sebagai tanda perkenalan dan insyallah tiada perpisahan di antara saya dan kalian yang membaca. Nama di beri Nurhana Farahyiah binti Roslan. Berasal daripada Terengganu Darul Iman. Belajar di Universiti Malaya di bawah fakulti alam bina jabatan pengurusan hartanah dan berada di tahun ke dua untuk semester ke empat.
Itu serba sedikit berkenaan diri saya dan berkenaan dengan kehidupan saya, saya hanya lah seorang wanita yang biasa dan tak lekang daripada merasai apa itu pahit maung menempuhi liku-liku perjalanan hidup. Jatuh bangun di negeri orang membuatkan saya bertambah kuat dan menjadikan pengalaman semalam adalah guru yang sejati mengajar saya erti hidup yang lebih mematangkan saya...
Bak kata Hamka "kehidupan adalah masin kerana ia adalah garam kehidupan". Saya selalu berpegang kepada kata-kata beliau. Walau apa pun yang terjadi dalam kehidupan saya samada baik atau buruk saya terima ia dengan ikhlas dan mencuba untuk menjadi yang lebih baik.
Siapa saya untuk menjadi pakar motivasi untuk kalian. Cuma saya sekadar berkongsi sedikit pengalaman dan berkongsi pengetahuan untuk kalian. Akhir kalam, semoga kehidupan kita semua lebih di berkati dan di sinari cahaya gemilang untuk esok dan esok dan seterusnya. Amin...
Tulis Blog ?
Okay gua nk cerita berdasarkan apa yang gua ingat pasal filem P.Ramlee. Ni semua dialog yang boleh gua kupas dan olah menjadi bentuk ayat.
Antara dialog-dialog yang melucukan dan lawak kalau lu orang power cuba teka apa nama tajuk filem ni ?.
1)
Sudin : Tayiiibbbb
Ajis : Alkisah maka tersebutlah kisahhhhh....
Sudin: Tayiiiibbbbbb
Ajis: Sang kancil datang beramai-ramai mengadap kebawah duli yang maha mulia sultan Firauuuunnn..
Ramlee: Mana Firaunnn pakai sultaaaannnn....
Ajis: Entaaaahhhh...!!
2)
Ajis: minyak apeeee...
Sudin: Minyak uraaaatttt....
Cik Salmah: Ehh.. cik ramliee.. nak carik kerja tu, ada duit ke tidak?
Ramlee: Adaaaa cik salmah.. adaaa.......... tak adaaaaa...
Ajis: erk... Alamaaaakkkk... malunyaa akuuuuuuuuuuuu...
Cik salmah: (hulur duit RM10) amik ler
Ramlee: tak payah laa cik salmah....
Cik Salmah: amik lerrrr...
Ramlee: tak payah... bapak saya baru hantar dari Hong Kong...
Cik Salmah: amik lerrrr...
Ramlee: tak payah laa cik salmah....
Sudin: alaaahhh..... orang dah bagi tu, kebahh aja lerrrrr...
Cik Salmah: amik lerrrr...
Ramlee: saya bilang tak payah.. tak payah... (sambil rampas duit RM10 tu dari tangan cik salmah)
Ramlee: Jom..
Sudin: baru dapat duit 10 ringgit kan?... kita naik teksi...
Ramlee: Apa kau pikir duit nie bapak kau yang punya ke?
Ajis: Alahhh.. kita naik beca roda tiga sudahlah......
Sudin: pelok.........
3)
dalam Gua Hantu masa perompak (lakonan sudin dengan Ajis) tengah kira duit..
tapi tatau detaillah dialognya..
lebih kurang macam nih..
Sudin : satu untuk engkau..
satu untuk aku.
dua untuk engkau..
dua untuk aku..
...
sepuluh untuk engkau...
sepuluh untuk aku..
Sudin : lepas tuh ape daa..
Ajis : hantam sajalah..
Sudin : hantam sajalah untuk engkau..
hantam sajalah untuk aku..
lagi..?
Ajis : mana aku tau daa..
Sudin : iyaka..?hah..
mana aku tau untuk engkau..
mana aku tau untuk aku..
Ajis : ehh...?
Sudin : ehh..?
hah..!ehh untuk engkauu..
ehhhhh untuk aku....
4)
Ajis: Besar jugak, bagus laaa macam tu din yaa.. 7 kaki panjang dia, 3 kaki lebar dia ... ada dalam pulak ehh......... !!!! ITU KUBUR TEMPAT KAU NAK MAMPOS, BAHALOLL...!!!... ini cakap bikin orang naik darah aja!! .... orang cakap betul-betul, dia main-main pulak.. sekali aku cekik-cekik kangg...
Sudin: (ketawa melekek-lekek bawah selimut.....!!!)
5)
Labu: emmm... aaa.... Gin and Tonic
Bakhil: baik...... tuan?
Labi: emmmmm...e..rrr...emmphh..... iblis tonic
Bakhil: Iblis tonic mana ada tuannn..
Labi: errr...emmm...emahrr... errrrmmmhh... syaitan and tonic
Bakhil: setan lagi tak ada tuan....
Labi:...emmm..errr.. bring me haji bakhil and tonic...GET OUT.!!!..GET OUT.!!!...
Bakhil: tuan....
Labu: bodoh...
Labi: hahaha.. terlalu bodoh...
6)
Mi : Jebon tu nenek kau...!!
Re : Eh.. nenek aku bukan jebon... nenek aku che embon...
Mi : Atuk kau...
Re : Atuk aku James bond...
7)
Direktor A. Nisfu: eiii.. !!! apa kao bikin dialog sendiri...
Ajis: eiii..!!!! siapa tu di sana ehh...... ohhh... kakanda tahu... itulah perrompak yang ingin merrompak adinda daripada thangan kakanda....
Direktor A. Nisfu: apaaa !!?? kao bilang aku perompak... aku Direktor Ahmad Nisfu....
Ajis: aahhhh... eiii..!! kao jangan cobak hendak menyamarkan diri sebagai direktor... walaopun rupamu tidak kukenall... tatapi lobang hidungmu thatap manjadi poojaan hhatiku...
Direktor A. Nisfu: CUTTT....!!!! CUTTT....!!!!
8)
Ramlee: Akulah kingg....
Ajis: King apaaaa....??
Ramlee: King Kongg....
Sudin: [dengan nada marah] King Kong kepala hotak engkaoo.. aku tengah ajar belajar dialog nih..
9)
Ramlee : arab pun arab lah....baca...baca...baca...
Sudin : aku baca yaaa......
wal fadhang fasiru....tak adhudhil fokok kayuwe....panasu tariiikuk
Ajis : eh, ape daa kuk?
Sudin : eh padang pasir takda pokok kayu panas terik la.....
Ramlee & Ajis : ooooooooo
(tiga2 duduk)
Sudin :wal kormak
Ramlee : eh ape da kormak?
Sudin : e'eh kao tau baca?
Ramlee : itu bunyiknya kormak?
Sudin : ya laaa....
wal kormak...nak buka puasuru kehabisarulazhi
Ajis : apadia ituuuu?
Sudin : buah kurma nak bikin bukak puasa sudah kehabisaaaan
Ramlee & Ajis : oooooooo
Ramlee : sambung...sambung...sambung...
Sudin : ku pandungil kiri kanonilk
Ramlee : eh ape da nilk?
Sudin : ku pandang kiri kanaaan
ku pandungil kiri kanonilk....wal sakhi bakhi....tumpuk tumpuk....taik unta
(Ramlee terus merampas surat)\
kalau berani jawab semua apa nama penuh filem dekat atas. Gua dah bagi hint banyak siap nama lagi. Ada hadiah menanti kalau betul semua. Kah!
Tuesday, February 25, 2014
The Greatest Teacher...?
![]() |
Having policies against this life deliberately lands miserable scenarios. |
In some point of our life, we tend to go through a series of catastrophe. Face it, we will learn something ONLY when we got knocked down. Another thing, we LOVE SAFE ZONE and RIGIDITY. When we study hard? -only when we almost fail. When we work out? Only when the doctor says, " You have diabetes..." As long we didn't get the CATASTROPHE, we will be on the rocking chair comfortably (Until a rock hit us, of course). When problems hugs a happy human, he asks, what should I do now? Rather than "Why this always happen to me?" then, they jump from the bridge.
Susan was dumped by her boyfriend. Her heart broke to pieces and grounds herself for a week. She calls her old friend and move to somewhere else. She works at a new place and procured serenity within 6 months. Recalling the event series, she noticed that got dumped was a blessing in disguise. Ted got fired. He made a substantial loan and runs his own business. A cupcake cottage. For the first time in his life, he becomes the boss of his own. He might face financial problems, called names like 'softie', a cup cake thrown to his face for its taste but still, he has the passion to do it as cup cake is his passion.
Do you notice something? A pregnant woman got shot. Kind hearted man killed by muggers. Whole villages got ruined in environmental disaster. Why these happen? Do you notice that, only certain problems affects particular people. John got fired almost every six months. Louise always get food poison. John never get food poison and Louise have great employment record. How about you?
When we face a CONTINUOUS PARTICULAR problem, that means you ARE NOT PAYING ATTENTION TO THE LESSON YOU NEED TO LEARN. You can't run from it. Let's say you are a chronic spender. You had a large debt and you run to Argentina. You continued that habit and become Argentina's next top accounts receivable model. Wanna run again? Hence, AS LONG YOU DON'T CHANGE, THE SAME PROBLEM COMES AFTER YOU.
The point here,WE ARE HERE TO LEARN AND THE MOTHER EARTH IS THE BEST TEACHER.When we fail in a lesson, we have to retake it. AS SOON WE UNDERSTAND THE LESSON, WE WILL MOVE TO THE NEXT LESSON. Good luck with your life,then. Keep in mind, your world is how you see and judge.
Uniform
Semasa di tingkatan dua, saya dihantar ke IPK Melaka; menghadiri ujian kenaikan pangkat. Nama je, ujian tapi perkhemahan sebenarnya. Seminggu penuh dengan kesakitan, kepenatan dan KEPUASAN. Peristiwa 7 hari di sana bermula semasa ketibaan kami (saya dan dua orang rakan lain). Kami lewat 2 minit. Apa lagi,hukuman pun diberi. Kami berlari mengelilingi padang kawad yang mana saiznya seperti seluruh kawasan DTC 20 kali (1 minit= 10 pusingan). Kemudian terus memacakkan khemah dan berkumpul. Setelah ucapan pegawai tu, pegawai ni, (sebenarnya saya tidur. Kalau 'kantoi' memang makan penampar) kami terus dibahagi kepada 8 platun. Saya platun E.
Setiap platun akan menjalani ujian bersama. Walaupun secara logiknya, setiap platun perlu dari sekolah yang sama namun,kami dipisahkan daripada rakan sekolah masing-masing. Ujian pertama kami ialah kawad kaki. Kawad ni ada 2 iaitu kawad dengan senjata dan tanpa senjata. Tanpa senjata cukup mudah. Kami diberi tamparan hebat oleh jurulatih IPK (seorang koperal) iaitu ujian akan dijalankan berterusan sehingga 15 kadet terakhir yang tinggal. Sasaran tersebut tercapai;setelah berkawad tanpa senjata mengikut sesi dari pukul 11 pagi hingga 7 malam. Setelah solat maghrib, sesi makan malam diadakan. Masa diberi hanya 5 minit. Makanan kami ialah karipap sebesar tapak tangan dikongsi 4 orang bersama satu penutup air mineral.
Hari kedua,kami menjalani ujian fizikal. Lompatan, larian dan rentas halangan.Ronda pandu arah pada malam. Ramai pengsan dan gagal. Perkara itu MENAKUTKAN. Yang gagal terpaksa balik. Hari ketiga, kawad tanpa senjata. Saya menyampah kerana berlatih berterusan bersama M-16 sepanjang hari. Anehnya tiada yang gagal (wow !)..Itu belum lagi mengilatkan kasut.Bukan guna 'Toyoo' ya...kami kena menggunakan pengilat kasut pepejal 'Kiwi', air ,kain dan api kecil.Kilat 5 hari baru la boleh tengok jerawat kt kasut tu. Tak nampak jerawat, tk ckup kilat la tu.(Patutlah ramai ladies cadet tak suka).Ujian lain ialah bertulis dan menembak M-16 la.Tapi saya guna semi auto sahaja, bukan pro pun...Dalam kenaikan pangkat itu juga (semasa kawad) saya dicucuk dengan tongkat kuasa, diterajang dengan but kawad dan 'starlight'(KENA JENTIK KT DAHI SMPAI BERLEKUK) dan of course, tekan tubi. Yang pentingnya, saya lulus ujian tersebut dua kali berturut-turut dan menamatkan keahlian Kor Kadet Polis Melaka dengan pangkat Sarjan Kadet.
Setiap peristiwa ada pengajarannya. Saya belajar pelbagai benda. Antara yang paling penting ialah bercakap apabila perlu dan jadi pendengar yang baik.Dalam bidang uniform, ini ialah aspek terpenting yg diajar kpd sya. Di UM, sya memutuskan utk beralih ke bidang lain (Di matrik sya join kawad kaki tentera KAKOM). Yelah sekali sekala,beralih angin. 8 tahun sya menyarung uniform tentera dan polis,Buat benda lain pula.Kepada anda, tidak rugi menyertai uniform ni. Memang seronok (walaupun sakit). Jika ada kenalan anda yang MALAS nak sertai badan beruniform, tolong lah bimbing mereka ke jalan yg benar(CHEH...).Itu lah pengalamanku dalam bidang uniform. Teringat zaman sekolah anda?
![]() |
Ni gambar saya di matrik dua thun lpas .Ni bukan uniform KRS tau tapi PKBM. |