Tuesday, February 25, 2014

FACTS OF SECOND SIBLINGS

  • *   Anak manja abah dan ibu- sering diutamakan oleh kedua abah ibu.*exactly*
  • *   Anak yang degil- anak kedua dikatakan seorang yang agak degil dan keras kepala. Semua dia jee nak betul,orang lain salah *sigh*
  • *   Hitam/putih- mostly semua yang dikatakan akan di pegang. Kalau dia kata hitam, hitamlah. Kalau kata putih, putihlah. Susah sikit nak bertoleransi.*maybelah sebab if I nak,memang I akan buat something sampai I dapat*
  • *   Eye-catcher- sering menjadi perhatian walaupun hanya duduk diam. Mempunyai auranya yang tersendiri yang memaksa orang lain melihat diri mereka.* people decide it*
  • *   Hati yang lembut- walaupun seorang yang keras kepala tetapi hati dia lembut. Lagi satu anak no. 2 ini susah nak ditegur.*Mungkin juga, tak semua*
  • *   Mudah mesra dengan orang- mungkin mula-mula kenal, seakan-akan sombong tetapi apabila lama kelamaan, anak ke 2 ini adalah seorang yang sangat mesra dengan orang sekeliling. *Betullah tuu*
  • *   Bercinta- kalau bercinta sangat setia, dan sanggup berkorban *ini semua TIPU!!*
  • *   Susah terima arahan- anak ke 2 ni juga sukar menerima arahan. Suka buat kepala sendiri jee. Selfish katanya *takjuga,depends pada orangnya juga*
  • *   Pemaaf dan caring-tidak dinafikan anak ke 2 seorang yang pemaaf dan caring. Cepat cool down bilamarah orang.
  • *   Baran-AWAS, anak ke 2 memang seorang yang baran, kalaumarah memang semuannya akan dilontarnnya.


Jadi ini adalah antara sifat yang I rasa ada dalam kalangan anak ke 2. Why I said so, because im a second. Okee. That’s all. Xoxo.

Awang Hitam atau Si Hitam Manis? 



Why this topic? Sebenarnya tiada motif pun, its just that sebab terbaca dalam akhbar then ada kaitan dengan masyarakat tempatan. So rasa macam tanggungjawab I to talk about this topic. Ya, wanita tempatan sekarang lebih tertarik kepada individu yang berkulit hitam,berambut kerinting dan berbibir tebal .So, persoalannya, mengapa wanita tempatan lebih tertarik kepada warga afrika?? Adakah kurangnya lelaki tempatan di Malaysia?! Atau ‘taste’ wanita tempatan sekarang lebih terarah kepada fizikal yang I said just now?? Katanya wanita tempatan jatuh hati dengan warga ini kerana mereka pandai mengambil hati dan romantis. Maknanya lelaki tempatan tidak pandai mengambil hati dan romantis kah? Wanita tempatan menggelarkan golongan ini sebagai ‘si hitam manis’ bagi menghormati mereka. Ini bagi perpesktif wanita yang mengahwini merek. Bagaimana bagi masyarakat tempatan pula? Trust me, half of our society lebih suka memannggil gelaran ‘awang hitam’ kerana kebanyakan media tempatan lebih banyak membuat liputan media yang buruk berbanding yang baik. Ini secara tidak langsung mempengaruhi mind set masyarakat Malaysia. Malah kajian yang dijalankan oleh Harian Metro juga mengatakan hanya kurang daripada 20% warga afrika yang bermasalah tetapi apabila diapi-apikan media tempatan seperti semua warga afrika yang bermasalah. Jadi gelaran mana yang harus diberikan? Bagi I sendiri, it doesn’t matter what people will talk about you, sebab kalau muka buruk sekalipun bila jahat sikit,orang pun membesar-besarkan perkara. Jadi cukuplah dengan kita buat apa yang kita rasa betul. Sebab memang bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang, cukuplah sekadar kita mendapat kepuasan. Okee. That’s all. Xoxo.


MY FIRST WRITING.


Frankly speak, I just don’t know what to write because am not so good in writing. However since bonda ask for it, so im just going to write about what I want to, not what people want to. So maybe my first writing, I nak cakap about hari pertama sem ke 2 yang teruk! Ya, it is totally bad! How does it feel bila nak pergi ke kuliah tapi u bukan dalam keadaan bersih? I mean you don’t even take your bath on your first day untuk ke kuliah. Rasa teruk sangat kan! The worst part is bila you cant focus in your class and lecture sebab lalat mengelingi diri. Hello,macam busuk sgt jee!! (ayat2 sedapkan hati). Sebenarnya dekatarea KL(im not sure dekat area mana) paipnya bocor, so kawasan UM adalah salah satu kawasan yang terjejas. Even my first half day mmg worst gila, but ada juga hamba Allah that made my days. Thanks to El!! We didn’t plan anything, suddenly El ajak pergi Starbucks. Ibarat mengantuk disorongkan bantal, I just agreed with her idea. So we went to Mid. Then suddenly, El mention about Vampire Academy, well I had watched the trailer like since Dec last year, of course rasa teruja gila. So we watched movies together. Then after that, I had my Asian Dolce Frapuccino! Omg! Feel like the world is mine! So,the things that I learned no matter how hard you find your days, try search something fun and enjoy, because a liltle happiness can overcome 1001 your problems. Trust me. Okee. That’s all fromme. Xoxo.
Assalamualaikum Semua... Greetings...
Weee huuu...

"Mokcik kepochi in da house.. dah bilo mokcik kepochi nie masuk, apa lagi. dok membebel je laaa keje dia. itu baru selangkah dia masuk kedalam rumah.. cube laa korang dok bayangkan bila dia dah melabuhkan punggungnya atas sofa, haaaaa tak menang mulut laaaa korang nak layan kan dia ye? nasib laaa labu."

Ini adalah perkara biasa yang terjadi dalam masyarakat kita, kita cenderung untuk meletakkan rasa NEGATIF dalam seseorang itu. kita memang tidak akan lari dari terjebak dari melebelkan seseorang itu sebagai apa yang kita rasa tak puas hati. Seperti contoh diatas, kita merasakan yang terdapat beberapa golongan ini tidak puas hati dengan golongan di atas, lalu mereka mempunyai "tendency" untuk mengata golongan di atas.

Sekarang ini persoalannya salah siapa? adakah salah Mokcik Kepochi itu ataupun salah orang yang terjebak dengan Mokcik Kepochi itu? saya akan tinggalkan anda dengan persoalan tersebut.

Ini adalah semester baru, jadi ianya merupakan permulaan baru bagi setiap pelajar yang mendaftar di Universiti Terulung di Malaysia yang lebih dikenali sebaga Universiti Malaya (UM). Pada kebiasaannya pelajar2 yang baru mendaftar akan berasa teruja apabila dia dapat berjumpa kembali dengan rakan2 sekelas, sebilik, sekolej, dan sekutu. jadi banyak laaa review pasal apa yang dorang buat sepanjang cuti semester. Sudah pasti akan kedengaran bunyi2an seperti,

"Untung laaa kau, dapat pergi bercuti.. Aku duduk je kat umah melangut macam orang kurang bijak."

tidak kurang juga bunyi2an monolog seperti,

"aissshh.. apa lah nasib aku, diberi cuti tapi aku tak cuti. diberi waktu belajar, tapi aku tak belajar, bila waktu aku ada kelas, punya semangat aku mengharapkan cuti. Tapi, bila dah start cuti ni aku rasa bosan lak bila aku tak ada kelas kena masuk. aiiissshhh.. kenapalah semuanya serba tak kena ni? APA SALAH KU??!!"

Itu baru monolog pendek, ada monolog yang panjang lagi didengarinya.

tapi, sy rasa tak semua pelajar begitu. ada yang betul2 memanfaatkan cutinya dengan sehabis baik. dan pastinya cuti semester kali ini sangat dihargai oleh setiap pelajar.

Dengan itu saya berharap agar pelajar2 semua dapat menikmati semester baru dengan sehabis baiknya... :)

Monday, February 24, 2014

Kita Dan Lembu

Assalamualaikum dan Salam 1 Blogger.

Hari ni Lee nak berkongsi sedikit cerita yang Lee terfikir tadi. Ianya mengenai nilai kita sebagai seorang anak. Haha, tapi kenapa tajuknya "Kita Dan Lembu"? Begini ceritanya.

Sekarang mari kita fikir tentang diri kita dan ibu bapa kita. Kita buang dulu latar belakang kita, tak kisah lah kaya atau pun miskin. Mari kita muhasabah diri kita dengan renungkan apa nilai kita sebagai seorang anak, sudah berumur 24 tahun pun masih tak mampu nak bagi apa-apa kepada ibu bapa kita. 

Cuba bayangkan, pada tahun  1990, ibu kita melahirkan kita. Dalam masa yang sama ibu bapa kita membela dua ekor lembu, jantan dan betina. Sekarang tahun berapa? Tahun 2014 bukan? Sudah 24 tahun bukan? Apa yang sudah kita berikan kepada ibu bapa kita pada usia ini? Cuba kita ambik kisah lembu yang ibu bapa kita bela semasa kita lahir. Katakanlah seekor lembu dilahirkan setiap tahun, sekarang 2014, 24 tahun, ini bermakna 24 ekor lembu. Katakanlah lagi, seekor lembu harganya RM 2000. Cuba darabkan dengan 24 ekor lembu. RM 48000 bukan? 

Dua ekor lembu boleh memberikan lebih kurang RM 48000 kepada ibu bapa kita. Kita sebagai seorang anak mampu berikan apa-apa tak? 

Sudah la tak mampu berikan apa-apa, malah menyusahkan lagi ada la. Sekurang-kurangnya, kita berhenti meminta daripada mereka pun cukup la. 

Sekali lagi Lee nak tanya. Apa nilai kita sebagai seorang anak susah berumur 24 tahun masih tak dapat bagi apa-apa kepada ibu bapa kita?

Kenapa Lee mempersoalkan hal ini dalam ni? Sebabnya, Lee perhatikan, ramai anak-anak yang kaya terlalu lupa diri. Anak-anak miskin pula lupa diri. 

p/s : Perkongsian di atas bukanlah untuk ditujukan kepada pihak tertentu, tetapi untuk peringatan bersama.