Thursday, February 27, 2014

Berjaya :)

Semua orang asyik bercakap pasal berjaya.

Apakah yang dikatakan sebagai berjaya?

Kenapa kita mesti berjaya?

Kenapa diri sendiri tak mampu berjaya seperti orang lain?

‘Am I too stupid to success?’

Kalau tak berjaya, tak boleh ke?

Siapa anda untuk tentukan diri saya untuk berjaya?

Semua orang tidak mampu untuk mencapai semua yang diinginkan. Tapi setiap orang akan berusaha untuk menggapai segala kemahuan. Contohnya, kalau nak beli kereta, kita akan berusaha untuk mendapatkan wang bagi memperoleh sebuah kereta idaman. Kalau kita nak telefon macam smart phone, kita akan korek segala duit yang ada untuk beli. Kalau kita nak makan, kita akan cari duit untuk makan. Ini bermaksud, kita semua berjaya mencapai sesuatu walaupun ianya sukar.

Teringat 1 cerita yang pernah kawan saya ceritakan tentang BERJAYA. Kadang-kadang kita tak sedar bahawa kita pernah berjaya 1 masa dahulu. Kita laluinya dengan cabaran yang sangat hebat. Banyak rintangan dan dugaan kita hadapi. Namun begitu, sekarang kita pula mengeluh kerana tidak mampu untuk berjaya. Kejayaan yang kita pernah capai pada satu masa dahulu ialah keluar dari perut ibu kita. Kita berjaya keluar dari perut ibu selepas 9 bulan kita bertarung dengan ruang yang sempit, makanan yang terhad dan di bawa ke mana-mana sahaja. Kejayaan ini merupakan kejayaan pertama yang kita capai apabila kita mula melihat dunia walaupun pada masa tersebut, padangan kita sangat terhad.

Ingat, kita pernah berjaya. Tidakkah kita mahu mencapai kejayaan yang lain? Sedar atau tak, kita dah banyak berjaya. Tapi semua itu berlaku secara tidak langsung. Namun begitu, semuanya memerlukan usaha. Tanpa usaha, mana mungkin kita mampu mencapai untuk berjaya. Masih ingatkah lagi, bagaimana kita berjaya untuk berjalan? Ada antara kita seusia 9-12 bulan sudah boleh berjalan. Kita sering terjatuh, adakalanya terhantuk pada dinding, namun, kita tidak pernah berputus asa untuk berjalan. Akhirnya, kita berjaya untuk berjalan dengan baik.

Sekadar pesanan untuk diri dan semua. Walau teruk macam mana pun kita lalui kehidupan ini, walau susah macam mana pun subjek yang kita ambil, jom kita tingkatkan usaha supaya kita mampu berjaya seperti orang lain. Tiada siapa yang mampu mengorak langkah untuk kita melainkan diri sendiri yang mulakannya J



Selamat berjuang untuk semua bagi semester 2, 13/14 J

Stress! What should i do ?- Tips Sha Hancus ! haha

Stress?
Tertekan ?
Pelbagai Masalah?


Apa Sha buat ? ada kawan sha nk tau and sha pun nak kongsikan.
Haha Rata-rata kawan2 sha tauu laaa, Sha ni sume benda nak citer . YES!I AM!

hehe ada yang cakap " weh ,time bila kau tak senyum ?''
"sha, time bila kau tak meriah "
"Sha,rileks nampak"

Padahal.. deep in my heart....... Aduhdududuh, sakitnya hati ini, ku cuba bersimpati ..lala (spin)
banyak sebenarnya masalah, yang bukan maslah pun jadi maslah! haha
So , What will i do ?


  • Sembahyang - Biasalah . semua orang buat dosa hari-hari . Time ada maslah , baru ingat Tuhan .Time nak sesuatu ketenangan, baru nak menghadap Pencipta. Weh! sama lah! tapi masing-masing kan , kadang2 tu alpa. sha tak lah alim sgt. tapi bila malam2 takley tido, "adalah" tu yang tak settle. 

  • Dengar Lagu - Well, yelah ! Lagu boleh buat kita rilex. tapi ikut jenis lagu yang korang minat laaa.. ahhaha kalau lagu macm sha, URMM.... sha layan kepala sikit. DJ Uno, Martin Garrix, DJ segala macam DJ. then layan smpai tertidooo.so otak tak pikir apa da .

  • Menari - YES! this is my hobby.... dulu tak penah kira di mana. tapi ikut jenis dansa la. leklek sudah. haha. Masa kat matrik, bila stress sha akan ARGGGHHHH. bangun dari meja , then bukak lagu. menari. Roommate pun faham . ahha Kat rumah pon sama ! 

  • Lepak- Bila bersama kawan kita akan borak dan gelak. gelak gelak. n sha sukkkaaaaaaa sgt ketawa.. Tak lawak pun kekadanag aku gelak. haha Gila kan ? Lepak n kalau maslah tu boleh share ngn kawn2 , tanya pendapat , Masa tu terluang gak kan ? 

  • Senaraikan Masalah - Keluarkan paper , senaraikan masalah , dan jawab macam tgh exam. hahaha kadang2 otak kita berfungsi time ni . segala masalah boleh selesai tapi cara nak handle tu (poyo gak gua cakap ).
Well.Bnyak lagiii, Masalah sha suka tanya pendapat kawan2 and SHARE dengn dorang !
YES! Tak kesah la macam mana pun and yang kita percaya . 
Bila kita selesa, barulah cerita. Kalau Rahsia kita tu , Kawan tanak simpan, dia lah yang dapat balasan nnt =) kan? kan ? kan? Sebab kita da trust dia,. 

Bila dapat hilangkan stress kat otak , baru otak Fresh nak pikir. So , renungkanlah hehhehe 
Daa~
Thanks for ur time 


My First Time: Penulis yang Jarang Menulis

Aku suka menulis, mungkin disebabkan aku suka membaca. Salah satu cita-cita aku ialah menjadi penulis. Sebab itulah, setiap kali kelas penulisan (bahasa Melayu atau Inggeris) aku sangat teruja. Dari sekolah sampailah masuk UM ni, aku masih lagi belajar bidang penulisan. Di Jabatan Pengajian Media (aku ambil program Pengajian Media), kertas atau kursus penulisan memang aku tak "miss" nak ambil.

Sepanjang perjalanan nak "develop" kemahiran menulis ni, aku pernah juga menulis beberapa puisi, cerpen, skrip drama pentas, skrip filem pendek, sejak Tahun 6. Blog? Aku dah lama berhasrat nak menulis blog. Sejak Tingkatan 3 atau 4 lagi dah tersemai hajat tu. Tapi sampai saat ini, inilah dia entry pertama aku dalam sebuah blog! Tahniah untuk aku. :')

Hasrat nak buat blog dulu tak kesampaian sebab selalu ditangguh-tangguhkan. Kadang-kadang susah sebenarnya nak cari idea untuk menulis ni. Dan aku pula jenis yang suka menulis karya (kurang sikit keinginan nak mencorat-coret isu semasa atau pandangan peribadi), jadi aku lebih senang untuk tak "publish"-kan karya aku. Gituuuu...

Oleh itu, apabila pengurus UMalaya Radio, suruh kita orang, deejay dan management team tulis rencana di blog setiap minggu sebagai tugas wajib kami, jujurnya aku macam blank sikit, sebab tak tahu nak menulis pasal apa. Tapi pada masa sama, aku anggap ini sebagai satu cabaran dan pengalaman baharu. Apalah salahnya kita mencuba, bukan?

(Gambar sekadar hiasan daripada google.)

Berbalik kepada minat aku dalam penulisan. Aku ni sebenarnya tak aktif sangat menulis. Jadi karya aku sebenarnya, taklah banyak mana. Sepanjang lebih 10 tahun ni, adalah dalam 20-30 karya pelbagai genre. Aku senang menulis apabila ada masa lapang. Tapi apabila ada masa lapang, aku selalunya malas dan idea itu agak kering! Tapi walau macam mana pun, untuk menjadi seorang penulis yang baik, aku percaya, seseorang itu kena banyak menulis sebagai latihan untuk memantapkan skil kepengarangannya.

Bagaimana aku boleh terjebak dalam tulis-menulis? Aku rasa ini mungkin disebabkan minat membaca kot. Segala bermula sejak kecil apabila mama dedahkan aku dengan bahan bacaan. Aku masih ingat dia pernah bacakan aku buku tentang kisah hidup Nabi Muhammad SAW dan beberapa buku lain. Dulu mama juga selalu membeli majalah (Mingguan Wanita kalau tak silap). Jadi, bahan bacaan memang sentiasa ada di rumah aku masa kecil dulu, dan dari situ minat membaca tumbuh. Dan pada masa sama, kat rumah nenek aku ada buku-buku sastera (puisi, cerpen, novel) kepunyaan pak cik dan mak cik aku. Buku itu semua buku sekolah dia orang--dah tak pakai sebab dah habis sekolah, jadi aku selongkar, baca, dan simpan.

Di situlah aku didedahkan dengan sastera. Haha. Sejak itu aku mula menulis tapi agak jaranglah. Alhamdulillah sampai sekarang minat membaca dan menulis itu masih ada. Dan harapan aku ialah nak menulis lebih banyak lagi lepas ni (kalau boleh nak try tulis novel pula). 

Baiklah. Sekian saja tulisan pertama aku di blog. Dan dengan ini aku umumkan secara rasminya, sejarah aku sebagai blogger bermula!

Wassalam.

"RISMA TAJAM SELAMANYA"

Hmm..mesti korang pelik kan bila baca tajuk entry nie.nie nak cerita skit nie."Risma tajam selamanya" sebenarya gabungan nama-nama kawan kawan baik aku masa sekolah.wah,ni kira mengimbas kembali zaman budak-budak.kami nie ex-students smksis.The biggest school in Pasir Mas that consist of 2000++ students.Cikgu cormfirm lah beratus-ratus sampai kadang-kadang bila terserempak kat luar aku pun lupa yang diorang ne cikgu sekolah aku..haha,tak bertamadun punya manusia.Nak dijadikan cerita,kitorang nie kepala segala setan dekat asrama.haha,semua benda jahat kitorang buat.Bukan apa,bengang dengan warden yang ntah ape2..nak buat tu tak boleh,ini tak boleh..tension lah..Ada satu peristiwa yang aku tak boleh lupa.haaha..The story begin:


    pada suatu hari(aku pun dah tak ingat dah tarikhnya)

"Lini,jom pergi pasar malam..aku teringin nak makan ayam percik lah..yummy2"
"Woi,sengal..kan kita dah diharamkan outing ke pasar malam sejak case budak hilang hari tu!"
"ni yang aku menyampah nie,kerana clorox secawan,rosak baju aku"
"Hoi,apa punya peribahasa lah..tapi why not kita cari alternatif lain"

hahaa,bila 10 otak bergabung maka terhasil lah satu idea yang bernas..bernas lah sangat..haha,kitorang decide nak lompat pagar sebab pak guard2 'handsome' dah terpacak kat gate2 utama.haha,then kitorang keluar ikut pagar sebelah kantin sekolah.Dulu,penghadang tak adalah tinggi sangat.boleh je lompat..kacang je tuu.tapi bila kitorang dah selamat lompat tiba-tiba baru teringat yang kawan kitorang yang terlebih sihat tak boleh lompat.Nasib baik lah ada budak lelaki yang boleh dijadikan mangsa..Suka-suka hati aku je paksa dia pergi ambik kerusi kalau tak aku report dia hisap rokok kat sekolah..nasib2,kau si Pali..Alhamdulilah,selamat keluar ke pasar malam..

Sampai-sampai kat Pasar malaam..Aku lah manusia senget yang pergi peluk tiang khemah yang jual ayam percik sampai kena sound ngan pak cik tu
"Woi,dik..kot ya pun rindu kat pak cik jangan lah ko peluk tiang...pak cik tak marah pun kalu ko nak peluk pak cik"
kuang ajar punya orang tua..tak boleh jadi nie..

"ye lahh,haram pulak kalau peluk tuan dia..khemah pun khemah lah janji orang dapat ayam percik,mak cik tak datang ke pak cik"..huh..terus senyap pak cik tuu

Kitorang pun dengan penuh excitednya shopping makanan kegemaran.eh,korang jangan tak tahu kelantan nie syurga makanan tau..macam-macam ada..kalau korang nak beli barang murah..mari-mari pakat g munduk(sempadan thailand)..betul lah orang kata malang tak berbau...tiba-tiba tengah syok2 jalan aku terlanggar seorang pak cik..kengkawan aku tiba-tiba berhenti bercakap..fuhh,aku angkat je muka...

"Noriamalini,awak buat apa kat sini..macam mana kamu keluar..balik sekarang"..malu dowh kena tengking kat tengah2 pasar malam..apa lah yang ustaz nie buat kan sini..rosak program kitorang je lah..

"mati kita.. beb.."
"tak lah,aku hidup lagi,tengok boleh cakap ag"
"Lini"
"yelah2"..hmm..cormform kena masuk bilik disiplin esok..
Keesokannya,pk hem sendiri yang cari kitorang kat kelas(lagi advance..masuk bilik Pk Hem terus)..haha..so,dapatlah cuti free seminggu..best x..bernanah jugak telinga..tapi sebenarnya warden2 tak tahu yang malam terakhir sebelum kitaorang bercuti kitaorang dah buat stau hostel black out..hahaa,padan muka warden2 tak boleh duduk dalam aircond..haha..esoknya,kecoh satu sekolah ada orang luar ceroboh bilik elektrik...padahal tu kerja kami yang "budiman nie..lantak lah kitorang cuti seminggu...hahaa

Kesimpulannya,patuhilah peraturan yang ditetapkan dan kalau boleh janganlah rosakkan harta benda awam..sekian....




Wednesday, February 26, 2014

AEPY itu dot dot dot??? WOW!

salam, Hi semuanyer!!! :) Aepy kembali pada musim ini! Mesti ada yang rindu Aepy kan? Ha, senang jer, kalau rindu Aepy, jdlah kwn Aepy k, follow me hiks3 skrg mcm2 ada, FB, TwITER, InSTA, haaa... dulu zaman Aepy kecik2 Friendster je, pastu up sikit ke Myspace, hahaha... xpelah, itu kisah dulu2, itu aku yg dulu, sekarang lain pula temanyer! X pe, mungkin ada yg masih tertanya2 siapa Aepy ni kan? tak kenal lagi? Tak pe, kita kenal2 dulu, tak kenal maka tak cinta kan? Oklah, Aepy baru 24 tahun (11 Jun nanti), pelajar tahun akhir Pusat Kebudayaan Jabatan Drama, haiii...kejap je, masa berlalu, tup2 dah nak angkat kaki dari UM, seriusly lain taw bila kita dah jd graduan nanti, bila tanya senior2, jawapannyer senang je "BERSEDIA". Baiklah kakak2, abang2. Opss, lupa pula nak ckp, Aepy asal dari Batu Pahat, Johor. Anak ke2, dari 3 org adik beradik. Aepy belajar dalam bidang Seni Persembahan (Drama) dan Minor dalam Pengajian Media. So 2 dalam 1. Dulu masa diploma di ASWARA (Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan), dah ambil dah bidang teater ni, jadinya bila ke peringkat ijazah sarjana muda ni, nak cuba bidang baru, Aepy pun ambillah minor dalam pengajian media. syok juga belajar media ni taw. Byk benda baru yang Aepy tahu, mcm tulis skrip drama  tv, skrip radio dan tv, produksi radio, perekaan buku, kewartawanan foto, menulis puisi, komunikasi interpersonal, menulis biografi, haaaa meriah tak subjek2 dia, seriusly happy, waluapun kadang2 agak sukar jugak lah nak skor. tapi tak pe, kita belajar bukan nak kejar pointer, tapi "how u apply" after graduate nanti! hah! kelas tak? Aepy ni byk kali jugalah muncul dekat event2 anjuran HEP, taklah selalu sgt, event2 PELAKON pun always ada, mana yg tak busy kita join, kalau busy, tumpu kuliah dulu. Baru2 ni selesai jadi director dekat Karviter2014 (Ratu Malam), ada juga pengalaman jd director dalam KarviterUM. sebelum2 ni ada juga mengarah masa dekat ASWARA dulu, show tahun lepas bulan 11, dekat Panggung Eksperimen UM, produksi Igal Si Merak Tua. Bila nak cerita balik mcmana darah seni tu muncul, mmg panjang, Aepy bermula dari KREW je, persembahan pentas pertama adalah ABAH masa darjah 5 sek rendah dulu, time tu angkat itu angkat ini, pastu up sikit jadi Ketua Department means kostum, set dan props, FOH, mcm2 lagilah, Up sikit jadi SM, pastu UP lagi jadi pelakon tambahan je, UP lagi atas, jadi pelakon utama, TUP2 jadi pengarah. Ini bukan "FEELING2" taw tapi nak share dimana pengalaman itu penting, buka tup2 jadi DIVA, haaa, kita kena bermula dari bawah dulu, baru nampak perjalanan tu...alah kena maki, kena baling kasut tu perkara biasa, ada yg sampai kena ugut nak bagi surat berhenti pun ada, kau mampoo? ha...tengok? tapi benda2 itu menjadikan Aepy kuat sehingga hari ini, dan memanusiakan AEPY, kan teater itu memanusiakan MANUSIA. Alhamdulillah, jadi org seni ni mcm2 yg Aepy belajar dan lebih dari itu Aepy dapat. Eh, ni dah meleret ni, kan u all nak kenal dgn AEPY kan? Rasanyer yg basic2 dah tahu kan, so kalau nak lagi jelas, kita dating2lah ea, boleh je, nak ajak hang out ke, tgok wyg ke, I ok je. K, itulah coretan pertama untuk AEPY kali ni dlm blog UMalayaRadio ni. Kita kasi suam2 dulu, bila dah panas baru kita kasi MELETOP! hahaha, k, kat sini Aepy nak bagi link yg mana x jd member dan followers, come2 join Aepy. (Itu feeling!)

https://www.facebook.com/hanafijais90 (FB)
https://twitter.com/HanafiJais (Twitter)
http://instagram.com/hanafijais (Instagram)

Ha, ni ada ole2 nak bagi kat korang, biar termimpi2 kat Aepy so, tataplah puas2 ea...K daaa :)
#berkawanbiarramai#bercintabiarsatu #hiduptanpacintamemangmalang #apayangkaurasaLUAHKAN #seniitulahirdariSUKMA #bukandiamtanparasaBERAHI